Program Sambutan Hari Sukan Negara
11 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Oktober 2015, telah berlansung Hari Sukan Negara bertempat di Kuala Sungai Baru Simpang Empat Perlis. Program ini berlansung bermula jam 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya ialah pertandingan teka silang kata dan pendaftaran ahli PI secara percuma. Selain itu juga turut diadakan pelbagai aktiviti diadakan oleh Dun Simpang Empat, seperti futsal, bola jaring, sukaneka kanak-kanak, gubahan tuala, cabutan bertuah dan lain-lain. Program ini turut disertai oleh Adun Simpang Empat iaitu, YB NurulHisham Bin Yaakob. Program ini disertai oleh penduduk sekitar Dun Simpang Empat. Hari Sukan Negara turut di sambut diseluruh Malaysia. Hari Sukan Negara Yang Pertama diadakan pada 10.10.2015. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015 lepas. Sambutan akan diadakan secara serentak di seluruh negara. Hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Sukan Negara. Objektif Hari Sukan Negara ialah untuk menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat, memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat, pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan, peningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat, mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: